Wednesday, December 23, 2009

Adik Hadi dah pandai tiarap...

Minggu ini, Isnin 21/12/09, adik Hadi dah mula tiarap susah2, kadang2 kita tolong tolak kepala biar dia berjaya tiarap, tapi kira dah boleh le tu..hari ini 23/12/09, adik Hadi dah cekap, boleh tiarap sendiri banyak kali, dah boleh tegakkan kepala..tahniah untuk adik hadi kita..

Kakak Huda pulak, hari ni dia sepahkan pulak kereta dengan biskut tawar yang dimakannya, penuh kerusi belakang dengan biskut, geram betul..

Tuesday, December 22, 2009

Kakak Huda...kenapa curah gula ke kepala adik??

Semalam 21/12/09, entah kat mana kak huda jumpa gula dalam sachet, tup tup ibu nampak gula dah bersepah kat rambut adik hadi, atas bantal, atas alas tidur...penat ibu sapu, sebelum tu dia dah sepahkan polistrin, kopek halus2 dan sepah atas tikar. Ibu bawa adik hadi ke singki dan basuh rambut dia, bila abah marah, kaka huda macam biasa kata, " abah, minta maaf, minta maaf...", makin cerdik anak2 ibu...

Saturday, November 7, 2009

Ibu mula kerja, adik Hadi di rumah Mama..

Seminggu dah berlalu, 2 November 2009, ibu mula bekerja lepas cuti 2 bulan. Hari pertama adik Hadi di rumah Mama, alhamdulillah semua ok, cuma kakak Huda, mungkin rasa sedikit tersisih sebab sebelum ini sorang2...kadang2 dia ok, tolong jaga adik, kadang2 dia ketuk kepala adik ikut suka dia....Ibu pulak, hari pertama dah terpaksa ke mesyuarat J/K Pemandu HRMIS menggantikan Pengarah...

Sunday, November 1, 2009

Apa aktiviti hari ini....1/11/09

Hari ini adalah hari terakhir ibu bercuti, esok dah nak mula bekerja. Adik hadi bangun awal pagi tadi nak susu, ibu tengok jam, masa tu pukul 230pg. Ibu beri susu tapi dia macam tak cukup. Ibu ke dapur panaskan susu dan sementara tunggu susu panas, ibu solat isyak dan solat sunat. Lepas tu ibu beri adik hadi susu guna puting MAM saiz 2 yang baru dibeli semalam. Nampaknya adik ok, mungkin dia dapat susu lebih banyak berbanding sebelum ini. Lepas tu adik tidur. Ibu siapkan gosok baju untuk ke ofis esok, mudah2an semua dipermudahkan..

Friday, October 30, 2009

Hari Sabtu ..31/10/09

Apalah kenanya anak2 ibu hari ini, tidur tak bangun2..agaknya cuaca kat luar yang hujan menjadikan ia suasana seronok untuk tidur. Abah dah keluar ke Banting untuk ke TM Point, katanya nak tukar nama tuan punya telefon rumah ni dari nama Pak Cik Ajip ke nama abah. "Tiap2 bulan bayar bil, tapi nama tu tetap nama orang lain, itu yang tak best tu", itulah yang abah selalu bisingkan. Pagi tadi abah beli sarapan je, nasi lemak paru untuk ibu, kuey teow untuk abah dan mee goreng untuk kakak huda. Kami sarapan berdua je sebab semua yang lain masih dibuai mimpi. Kakak huda hanya bangun pukul 1145pg, adik hadi pulak bangun dah 1245t/hari. Tadi memang dia ada bangun pukul 1030pg untuk susu tapi lepas tu tidur semula. Tak tau le, agaknya perut kenyang, pakai pampers baru jenama mama poko agaknya buat dia tidur lena macam dalam iklan dia tu.
Masa sampai TM Point Banting, abah telefon rumah. Katanya TM Point tu tutup, abah minta tolong ibu telefon 100 untuk buat aduan. Bila ibu telefon 100, katanya TM Point Banting memang tutup Sabtu dan Ahad. TM Point yang paling dekat adalah Bukit Raja dan Shah Alam, tapi hari Sabtu mereka buka sampai pukul 1 t/hari saja. Kalau nak tukar nama, boleh buat di mana2 TM Point. Bila ibu telefon abah beritau, abah kata dia akan buat minggu depan je kat KL, boleh keluar sekejap masa ofis.
T/hari tadi lepas adik hadi mandi, ibu beri dia susu secara terus. Hari ini tak ada training untuk adik hadi, ibu dah rasa fobia pulak nak beri dia susu guna botol, sebab semalam dia memang tak nak. Malam tadi ada sekali ibu beri guna botol, itupun sebab tengok dia macam tak puas susu, agaknya susu tak banyak keluar. Ibu ada besarkan sikit puting susu MAM saiz 1 tu, akibatnya bila susu, memang cepat juga susu keluar tapi tak semua masuk ke mulut. Ada juga yang keluar ke leher dan basahkan baju adik hadi, jadi macam tak selesa sikit. Bila ibu tengok adik hadi macam marah2 geram kat susu ibu, ibu beri 1 oz susu EBM guna puting MAM saiz 1 yang baru. Lepas dah habis, nampak macam dia tak puas. Rasanya lepas ni kena beri 2 oz kalau nak beri EBM pada adik. Tadi abah terus ke susuibu.com lepas ke Banting untuk dapatkan puting MAM saiz 2 yang ibu tempah semalam. Abah sampai rumah pukul 3ptg. Mudah2an adik hadi lebih suka untuk minum susu EBM. Ibu risau kalau adik hadi tak nak minum susu dengan botol, apa ibu nak buat dengan stok susu yang ibu susah payah kumpulkan tu...

Cerita Kakak Huda hari ini ..

Semalam kakak huda pergi ke rumah mama masih dengan baju tidur, maknanya kakak huda tak mandi lagi. Cepat pulak kakak syafikah, anak mama ambil hari ini. Ibu baru siap gorengkan nugget ayam yang kakak huda suka, tak sempat nak makan lagi. Last2 ibu bekalkan saja ke rumah mama. Kadang2 ibu tak tau nak kata apa. Sejak adik hadi ada, kakak huda macam melarikan diri, dia lebih suka duduk di rumah mama dari rumah sendiri. Ada masa kalau mak cik laila datang rumah, dia ikut mak cik laila balik dan tidur sana. Ibu rasa dia cemburu dengan adik hadi. Ibu ingat lagi, masa ibu baru balik dari Hospital Putrajaya 25/8 dulu masa adik hadi lahir, malam tu kakak huda menangis sorang2 dalam bilik. Bila ibu masuk ke bilik dan peluk dia, kata ibu sayang kat dia, baru dia ok dan boleh tidur. Pagi esoknya, masa kakak huda tersedar dari tidur, dia tak mahu tidur dengan ibu, dia menangis lagi. Masa tu kami tidur ramai2 kat ruang tamu, sama2 dengan nenek Pt Tegak yang datang malam tadi bersama Pak Cik Ajip, Pak Cik Udin untuk tolong bawa adik hadi balik kampung hari ini. Ibu pujuk dan peluk kakak huda, baru dia ok.

Malam tadi masa mama hantar kakak huda balik rumah, mama bawa cerita kelakar. Mama kata kakak huda perasan yang seluar panjang dia lubang sedikit. Dia cakap kat mama, " Mama, mama, cepat le jahit seluar kakak huda, malu le, seluar ni lubang". Masa tu mama baru selesai solat maghrib dan nak baca yassin. Lepas tu, kakak huda tanya pulak kat abang amirul, " Abe, seluar abe lubang ke?", kelakar betul le kakak huda ni.

Cerita kelakar hari ini..

Hari ini Jumaat, 30/10/09 adalah hari terakhir ibu bercuti. Minggu depan ibu dah mula bekerja selepas 2 bulan cuti bersalin. Abah kata nak ke ofis awal hari ini. Abah nak bawa kereta ke ofis sebab ada urusan nak bawa krew kapal ke kedutaan hari ini. Jalan Tun Razak memang dah terkenal jemnya pagi2, tu yang abah cuba elakkan. Malam tadi tidur adik hadi ok sikit, agaknya sebab ibu dah pakaikan adik hadi baju sejuk kakak huda, jadi dia rasa selesa sikit. Menangis juga tapi tak le sampai ke pagi macam malam sebelumnya. Ibu terjaga 535pg, lepas solat sunat tahajjud, ibu kejutkan abah sbb semalam abah kata nak pergi kerja awal. Lepas solat subuh, kira2 620pg, adik hadi menangis, jadi ibu susukan dia. Tah macamana ibu boleh tertidur sama2 dengan adik hadi lepas abah pergi ofis pukul 635pg. Kakak huda memang tidur lagi masa tu. Bila tersedar, dah pukul 945pg, memang kelam-kabut jadinya. Selalunya masa macam ni, ibu dah siap sarapan, makan ubat, masak, jemur kain, mandi dan sedang rehat2 tunggu kakak huda dan adik hadi bangun untuk mandikan mereka. Jadi hari ini, ibu makan ubat pukul 1015pg, sarapan nugget saja, mandikan kakak huda pukul 11pg, lepas kakak huda ke rumah mama, ibu mandikan adik hadi dah dekat 1245t/hari lepas ibu siapkan makanan untuk makan t/hari...jangan le jadi macam ni kalau masa hari kerja, mau EL dibuatnya...

Apa dah jadi Adik Hadi....

Semalam, ibu seronok bercerita mengenai latihan untuk adik hadi, apa lagi kalau bukan latihan persediaan menyusu guna botol susu...tengahari semalam tiba2 adik hadi dah tak nak menyusu guna botol MAM yang biasa, ibu jadi panic masa tu. Pendekkan cerita, tak nak adik hadi terus menangis, ibu beri adik hadi direct feeding masa tengahari. Nampaknya adik hadi macam dah pandai sekarang ni, kalau tak nak susu guna botol, dia buat muka hairan dan menangis, nampaknya ibu dah kalah kali ini. Ibu fikir balik, agaknya puting MAM saiz 1 tu halus sangat lubangnya, jadi dia tak puas menyusu. Petang semalam, ibu tukar botol susu biasa yang mana lubang puting susunya agak besar. Adik hadi minum sikit, tapi biasalah, bila dah lubang puting ni besar, tumpah2 le pulak susu tu...Petang ni ibu telefon ke susuibu.com tanya samada boleh atau tidak ibu tukar puting susu saiz 1 yang abah dah beli minggu lepas, ada 2 pcs. Sayangnya dia kata tak boleh tukar, jadi ibu dah tempah saiz 2, esok ibu nak minta tolong abah ambilkan, mudah2an dapat selesaikan masalah adik hadi ni..

Wednesday, October 28, 2009

Ada apa dengan Colosseum..

Colosseum, satu bangunan unik di Rome, Itali adalah salah satu dari keajaiban di dunia. Tahun 2007 sewaktu umur Kakak Huda 7 bulan, ibu berpeluang ke sini bersama rombongan delegasi Malaysia bagi menghadiri Mesyuarat Tahunan Codex Alimentarius Commission (CAC). Ibu pergi atas tiket latihan, ya..untuk mengajar generasi baru perkara yang sepatutnya.


Indahnya waktu itu, ibu berjaya pujuk abah untuk pergi bersama supaya ibu dapat bawa kakak Huda juga. Jadinya abah akan jadi Mr Mama, menjaga kakak huda. Kenapa kami sanggup berhabis wang pergi bersama? Sebabnya waktu itu kakak huda fully breastfeeding, dan ibu pulak tak menyangka yang ibu perlu pergi seawal itu ke sana. Gara2 tak ada persediaan yang cukup dari segi stok EBM, ibu tak sampai hati nak tinggalkan kakak huda dengan abah di rumah dan kena minum susu formula. Setelah berbincang2 dengan abah, akhirnya kami bertiga ke sana, dapat le juga melihat negara orang..gambar di atas tu kami ambil dari atas bas waktu city tour, satu pengalaman yang menyeronokan pastinya...

Lagi pasal EBM..


Semalam, 28/10/09, hujan turun lebat waktu tengahari terus ke petang. Kedengaran juga bunyi guruh sekali sekala. Ingat pesanan orang yang pasang streamyx minggu lepas, tak boleh pasang internet kalau ada guruh, takut2 terbakar. Ibu tak berani ambil risiko, jadi tak ada aktiviti nak dibuat, tengok tv atau buka internet.



Pergi ke dapur, ibu buka freezer tempat simpan EBM. Memang rasa teruja bila tengok stok2 EBM ni. Ibu simpan EBM dalam botol MLO, ada juga bekas dadih yang tinggi untuk 5oz dan yang kecil untuk 3oz. Setakat 27/10/09, stok EBM yang ada 202oz, ibu baru guna 18oz untuk training, jadi baki 184oz. EBM pada 28/10/09 masih tersimpan dalam peti sejuk, jadi tak masuk dalam kiraan. EBM ini akan digunakan untuk training adik. Ibu jadikan rutin untuk memastikan susu diperah setelah adik menyusu, walaupun hanya 1oz ibu tetap kumpulkan, sikit2 lama2 jadi bukit, susu ibu sangat berharga, tak ada jual di mana2..Kalau 1oz, ibu akan simpan dalam bekas kecil yang hanya muat untuk 1 oz sahaja.



Semalam, ibu dah masukkan botol2 EBM dalam kotak2 MLO dan kotak2 lain yang boleh memuatkan stok EBM dan susun mengikut sistem first in, first out (FIFO), ibu lukiskan layout kotak2 ini supaya nanti mudah untuk ibu ambil yang mana...insyaAllah hari Ahad ini ibu akan susun sekali lagi sebelum mula bekerja..satu tugas yang menyeronokkan pastinya...Ni ibu attachkan freezer tu dari luar..

Training untuk Adik Hadi..







Hari ini 26/10/09 bermula rutin baru untuk adik Hadi. Kalau ikutkan, ibu sepatutnya mula bekerja pada hari ini setelah 2 bulan cuti bersalin. Memandangkan cuti ibu masih banyak lagi dan sebelum bersalin dulu tak sempat ambil cuti rehat, ibu ambil satu minggu cuti mulai hari ini. Ibu akan mula ajar adik Hadi minum susu EBM dengan botol seolah2 ibu dah bekerja, maknanya adik Hadi bersama mama yang jaga. Sebenarnya, sebelum ini pun, ibu ada beri adik susu ibu guna botol tapi sekali sekala. Latihan ini adalah lebih tersusun bagi memastikan adik tidak terkejut bila mama jaga nanti. Mula-mula ibu ada minta tolong mama jaga adik di rumahnya tapi mama kata tak perlu. Hantar saja macamana kita buat pada kakak huda 2 tahun dulu, alhamdulillah masa tu tiada masalah.


Kalau ikut panduan penyusuan susu ibu, latihan diberi selama 2 minggu iaitu sebelum ibu mula bekerja, tapi bagi adik hadi, latihan hanya seminggu saja. Bagi setiap fasa, ibu hanya buat 2 hari saja berbanding 4 hari yang dicadangkan. Contohnya, untuk fasa 1, ibu beri adik hadi susu EBM hanya pada masa sarapan pagi sekitar pukul 7 pagi dan selebihnya ibu beri susu secara terus. Ibu beri 2oz untuk setiap kali minum.


Mula-mula tu, adik hadi macam refuse juga, agaknya dia dapati rasa susu tu lain. Ada sekali tu, dia boleh terkeluar suara "weeek", macam nak termuntah bila ibu masukkan aje puting tu. Alhamdulillah botol MAM yang dibeli walaupun mahal harganya (RM31.80/pcs) memudahkan adik minum susu tu. Warmer snow bear yang dibeli pada hari Ahad lepas juga memudahkan kerja ibu. Harga warmer tu RM149.90, abah beli di susuibu.com bersekali dengan beli botol MAM. Hari ini 29/10/09 dan esok adalah fasa 3 iaitu adik minum susu EBM masa sarapan, minum pagi dan makan tengahari. Latihan adik hanya akan berakhir pada hari Ahad ini bagi menyelesaikan fasa 4 iaitu adik minum susu EBM masa sarapan, minum pagi, makan tengahari dan minum petang. Daripada latihan ini juga, kita boleh tahu berapa keperluan susu adik untuk setiap hari. Mudah2an latihan ini akan berjaya sepenuhnya dan ibu dapat pergi kerja dengan hati yang tenang minggu depan...Ameen.


Sebelum lupa, ibu attachkan gambar botol MAM dan Warmer snow bear yang digunakan, memang berbaloi...

Friday, October 23, 2009

Stok EBM

Tanggal 13 Okt 09, ibu minta tolong abah beli freezer untuk simpan stok EBM yang ibu mula kumpulkan sejak 25 Sept 09. Nampaknya peti sejuk satu pintu yang kita ada tak mampu menampung botol-botol EBM yang semakin meningkat. Satu pemandangan yang mmenggembirakan hati ibu. Alhamdulillah, abah berjaya beli sebuah freezer comel HESSTAR dengan harga RM770 dari kedai elektrik di BB Salak Tinggi. Ibu harap adik Hadi dapat susu ibu sepenuhnya macam kakak Huda yang berjaya menyusu ibu hingga 2 tahun lebih. Pada ibu, pelaburan wang yang dibuat berbaloi dengan hasil yang diharapkan, mudah-mudahan berjaya..Ameen

Cerita bermula..

Tanggal 20 Okt 09, ibu mula menggunakan streamyx di rumah bagi mengisi masa-masa cuti selepas melahirkan adik Hadi pada 25 Ogos 09. Ibu cuba-cuba create blog untuk berkongsi cerita pada 23 Okt 09. Hari ini kakak Huda tak ke rumah mama macam biasa sebab mama pergi rewang kat rumah kawan di BSE, kalau kakak Huda ikut, kerja pun tak menjadi..adik Hadi macam biasa, lepas susu ibu, suka tidur. Ibu tulis blog ni sama dengar pembentangan bajet 2010 di tv oleh PM, jam sekarang pukul 515 ptg..ibu rasmikan dulu blog ini ya, kakak Huda dan adik Hadi..