Tuesday, September 4, 2012

Jalan-jalan ke Langkawi .....18-19 Feb 2012

Alhamdulillah akhirnya kami dapat juga ke Langkawi lepas banyak kali bertangguh. Kali ini kami naik kapal terbang, bertolak dari LCCT pada 18/2, 730 pagi dan tiba di Langkawi 830 pagi dengan penerbangan AK AK5320. Abah duduk seat 15F, ibu sepatutnya duduk seat 16C tapi ibu tukar dengan budak Cina yang duduk seat 16F. Jadi ibu duduk seat 16D, adik Hadi 16E dan kakak Huda 16F dekat tepi tingkap. Seat kami dekat kepak. Adik Hadi nampak relax aja walaupun kali pertama naik kapal terbang. Tengok le gambar kami ni..





 Kami melawat Underwater World Langkawi, seronok Huda dan Hadi nampak macam-macam ikan...



 Kami singgah juga ke Masjid (tak ingat nama..) dekat dengan airport..




Ni di Kota Mahsuri, tapi kami tak masuk ke dalam, tak sempat dan lagi Huda dan hadi dah tak sabar-sabar nak berehat di Hotel..
 Singgah di Petronas sebelum tiba hotel, cantik pemandangan di belakangnya...
 Minum-minum di Pantai Yok...
 Singgah di Langkawi Cable Car tapi tak naik sebab ramai sangat orang, tak sempat...katanya budak kecil macam Hadi pun boleh naik cable car ni...kami janji nak datang lagi bila Huda dan Hadi dah besar..


 Ni di hadapan Hotel Bayview tempat kami menginap...ibu jadi member orient rewards, jadi stay ni percuma saja...

Ni di hadapan Dataran Lang, kami singgah masa nak balik ke airport...

 Huda di hadapan kilang minyak gamat, kami singgah masa on the way ke airport..
 Huda di Pemandangan Indah, ibu dan Huda saja naik ke atas, abah tunggu Hadi yang dah tertidur dalam kereta..

Huda di LCCT...

Monday, September 3, 2012

Anniversary ke 8 dan Birthday 2012



Alhamdulillah tahun ini sudah 8 tahun usia perkahwinan ibu dan abah. Seperti tahun sebelum ini, kami sambut sederhana sahaja. Memandangkan 19/8/2012 jatuh pada 1 Syawal, kami sambut lebih awal sebelum balik ke kampung. Ibu masak nasi ayam, beli kek dan buah saja. Tahun ni mak su ada sama, jadi dapat le kami ambil gambar sekeluarga...

Thursday, January 26, 2012

Jalan-jalan ke Pulau Pinang...23-25 Dis 2011

Sedapnya adik Hadi makan apa tu...di pantai Batu Feringghi..

Di jambatan Pulau Pinang, masa balik dari USM..



Lagi di pantai Batu Feringghi






Jalan yang berliku-liku masa pusing pulau dari Bukit Bendera, Air Itam, Balik Pulau dan ke Batu Feringghi semula...



Masa jalan-jalan di pasar malam dekat dengan hotel...

Lalu di hadapan Empangan Teluk Bahang..


Berhenti di hadapan Pusat Falak Sheikh Tahir, Jabatan Mufti Pulau Pinang, ni tempat orang lihat anak bulan...

Adik Hadi di hadapan pintu masjid terapung Batu Feringghi..

Lalu di hadapan Kuil Buddha terbesar di Asia Tenggara..

Kakak Huda bergaya di beranda Masjid Terapung Batu Feringghi..

Di tepi pantai Batu Feringghi..


Ini le hotel tempat kami menginap, mama dan Abe di Bilik A07, kakak Syafiqah dan Kakak Mira di bilik A08, ibu dan abah di bilik A09, kakak Huda tidur bilik kakak malam pertama, malam kedua di bilik mama pulak... kelakarnya, bilik kami tak ada karpet, tv pun tak ada, katanya baru rosak dan sedang baiki, nasib baik le kami ada bawa tikar sendiri..

Kami lalu juga depan pasar Balik Pulau masa pusing pulau...


Ini le Bangunan Komtar, ambil gambar saja...

Di hadapan Pasar Chowrasta...beli baju murah di sini, abah pula beli buku-buku lama, memang murah..tak lupa beli jeruk, memang sedap..


Taman Rimba Teluk Bahang...kami ambil gambar saja, tak sempat nak masuk ke dalam..


Lalu di Pasar Awam Air Itam masa pusing pulau lepas turun Bukit Bendera
Di Bukit Bendera..pintu masuk



Di hadapan Masjid Negeri, lalu depan masjid saja..


Botanical Garden, adik Hadi dah tidur pun.. teringat masa kami bulan madu tahun 2004, masa kat taman ni le monyet curi makanan kami, dah le tu, kami jalan kaki dari taman ni ke Bukit Bendera, memang tak boleh lupa....


Di pintu masuk Taman Negara, pun tak masuk ke dalam..

Di Persiaran Gurney, pemandangan menghadap laut lepas...








Lagi gambar Huda dan Hadi seronok bermain di taman permainan R&R Gunung Semanggol
Di Botanical Garden..
Di Kedai Jual Jeruk di Chowrastar


Port Cornwallis


Taman Kota Lama
Depan Kereta Kabel Lama di Bukit Bendera
Berselisih dengan kereta kabel lama









Sedapnya makan ais kerim lepas penat jalan-jalan di Bukit Bendera..

Kenangan di Bukit Bendera..


Berjalan ke arah masjid Bukit Bendera..tengok tu adik Hadi tak nak jalan sendiri..


Bergambar di Persiaran Gurney...





Lagi gambar Huda dan Hadi seronok main di R&R Gunung Semanggol..

Ni masa kami melawat masjid terapung di Batu Feringghi..







Ni masa atas feri dari Seberang Perai ke seberang belah pulau, pengalaman pertama buat Huda dan Hadi naik feri..


Ni masa singgah di R&R Gunung Semanggol, berehat, solat dan makan-makan..

Dah lihat gambar-gambar, mari baca ceritanya pula...


Alhamdulillah, setelah puas mencuba, hari ini ibu dapat buka semula blog ni..ni le akibatnya kalau dah lupa ID dan p/word blog ni..baru perasan tak ada pun satu cerita yang ibu post di blog ni.. tak apa, setelah 27 hari tahun 2012 berjalan, kita akan flash back cerita tahun 2011..

Yang paling terkini tahun lepas..kami ikut abah ke Penang dari 23/12/11 (Jumaat) hingga 25/12/11 (Ahad). Abah ada reunion Palapes TLDM yang ke 25 tahun di Hotel Vistana Bukit Jambul, kami pergi sama-sama mama, Abe, kakak Syafiqah, kakak Mira (anak sedara mama), ibu, kakak Huda dan adik Hadi...kami stay kat bajet hotel di Batu Feringghi, Hotel KK Mutiara Feringghi Hotel..

Tempat yang kami lawati : Masjid terapung Batu Feringghi, Persiaran Gurney, Kota Cornwalis, Padang Kota Lama, Chowrastar, Pusing Pulau dari Ayer Hitam hingga ke Batu Feringghi semula, Bukit Bendera, mandi-mandi di Pantai Batu Feringghi, USM, KD Seri Pinang, pergi naik feri, balik naik jambatan Pulau Pinang, makan nasi kandar di Restoran dekat dengan Tapak Pesta...yang sedih, gambar masa di USM dah hilang, Huda dah delete gambar tu.. juga gambar masa rakam turun dari Bukit Bendera...Insya Allah ada rezeki nanti kena pergi lagi...