Friday, January 17, 2014

Konvo Ibu....29 Okt 2013

Alhamdulillah selepas 18 bulan berhempas-pulas belajar, 29 Okt 2013 ibu telah menerima Sarjana Sains (Sains Makanan) dari pro-Censelor, Tun Ahmad Sarji untuk sidang ke-7 Majlis Konvokesyen Ke 41 UKM. Hanya 6 orang dari batch ibu yang sama-sama terima sarjana..Nik Hairiah, Norlia, Shafik, Nabiha, Udin dan ibu. Cik Ajib dan keluarga (Cik Su, Amirah, Amir), Cik Ijul dan Atok Abu meraikan majlis ini. Tak lupa keluarga ibu tersayang, abah, Huda dan Hadi. Sempat juga ambil gambar dengan penyelia ibu, Dr Maaruf.., sebelum tu ambil gambar ramai-ramai dengan Dr Sahilah..Kami ambil juga gambar di studio..
 Gambar studio-keluarga
Ibu, abah, Huda dan Hadi...                                                          Ibu dan Cik Ijul...
Abah, ibu, abah atok, cik ajip, Cik Su, Amir, Hadi, Huda dan Amirah..

Ibu semasa gambar studio

Ibu dan abah Atok..

 Ibu, Nik, Lia dan Shafik masa tunggu nak masuk dewan..

 Shafik, Nabiha, Dr Sahila, Norlia, Nik Hairiah, Ibu dan Salehuddin...
 Nabiha-Ibu, Nik & Lia..

Ibu, Dr Maaruf dan Nik..

Ibu terima sarjana daripada Pro-Canselor, Tan Sri Ahmad Sarji..
.

Hadi di wad kanak-kanak Hosp Pakar Sultanah Fatimah Muar 8-11.12.2013..

Tahun 2013 diakhiri dengan cerita sedih...Hadi kena sawan demam lagi masa on the way nak balik ke BSE lepas kami menghadiri jemputan kahwin di rumah nenek Jainon, ni Hadi sebelum sakit...


















Mula-mula perasan Hadi macam demam masa dah dalam kereta lepas majlis, dia kata hidung tak boleh keluar angin, sumbat le tu..nak bagi selesa dia minta tidur di belakang, ibu minta Huda tolong tengok-tengokkan..masa sampai dekat Dusun Damai ibu minta Huda tengok Hadi, Huda kata "ibu, kenapa Hadi macam ni....cepat-cepat ibu ke belakang, masa tu mata Hadi dah putih, ibu panggil2 dia dah tak menyahut..alhamdulillah tadi ibu bawa air dari peti, ibu siram air di kepala, Hadi dah diam saja. Abah terus larikan kereta menghala ke Hospital Muar, sampai di emergency Hadi dah agak sedar tapi masih lemah...memang panas suhu badan Hadi, lepas selesai di emergency, nurse minta uruskan kemasukan ke wad, terpaksalah Hadi tidur wad malam ni...Hadi duduk katil no 4, wad 17..











Malam tu ibu dan hadi tidur di wad, Huda dan abah tidur rumah Atuk Ngah di Pt Sakai, Hadi susah makan ubat, tak berapa nak makan juga, ibu tuamkan dengan kain macam yang nurse nasihatkan..

Pagi doktor pakar round, Hadi masih tak dapat keluar hari ni, Hadi kena masuk air sebab air yang masuk dan keluar tak seimbang, Hadi memang kurang makan minum, lepas masuk air, dia lagi melepek, malam tu suhu badan Hadi memang tinggi sampai 39.2oC. Thari tu Ijul, Sabrina dan Atuk Abu datang melawat, ptgnya mak ngah melawat..Ni malam kedua kami di wad..Hadi juga mula dapat antibiotik, bercinta bila nak bagi makan ubat, semua orang dalam wad tu dah tahu..

Pagi ni doktor pakar round lagi, walaupun suhu badan Hadi dah turun sebab pagi tadi masuk ubat ikut belakang, Hadi masih tak dapat keluar, tapi kesihatan makin baik. Along, abg Jait dan Syahmi datang melawat thari tu...ptg tu kami dipindahkan ke bilik sebelah..

Nak jadi cerita, malam tu nurse yang bertugas rupanya cucu arwah atuk Ton, adik Leha...esoknya ada doktor pelatih temuduga Hadi dan ibu, tanya pasal sakit ni..lepas doktor pakar round Hadi dapat keluar hari ni, alhamdulillah...doktor bekalkan 5 botol ubat antibiotik untuk habiskan..kami singgah rumah nenek Ngah sebelum balik BSE ptg tu...sebelum tu Hadi sempat posing dekat tempat permainan di wad 17 tu...